Georgian Business Times
SEE OTHER BRANDS

Your business and economy news reporter from the country of Georgia

Felice Capasso dari Norway Dinobatkan sebagai Pelayan Bar Terbaik Dunia 2025 di acara berprestij World Class Global Finals

Dalam edisi ke-16, Diageo World Class menyaksikan para pelayan bar dari 51 negara tampil di pentas bagi merebut gelaran pelayan bar paling berprestij di dunia

TORONTO, Oct. 06, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Felice Capasso dari Norway telah dianugerahkan gelaran berprestij World Class Global Bartender of the Year 2025 dalam salah satu pertandingan koktel terkemuka dunia yang diraikan di Toronto tahun ini. Melalui persaingan sengit menentang finalis dari 51 pasaran di seluruh dunia merentasi enam benua, Felice telah dinobatkan sebagai pemenang utama oleh barisan pakar industri antarabangsa terkemuka semasa sambutan tahunan budaya koktel global.

Felice Capasso, dari Nedre Løkka Cocktailbar di Oslo dan pengasas Sesto Senso Academy, sebuah pusat pendidikan wain dan minuman keras, menonjol dalam kalangan peserta lain dengan mempersembahkan rangkaian hidangan khas yang menyerlahkan semangatnya terhadap bidang pelayan bar. Selain gelaran berprestij tersebut, Felice akan menerima trofi, perjalanan ke Global Finals tahun hadapan yang ditanggung sepenuhnya oleh Diageo, bimbingan daripada pakar industri terkemuka, serta jadual lawatan selama setahun ke pasaran Diageo di seluruh dunia — semuanya ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. Beliau juga akan tampil sebagai pelayan bar jemputan di lokasi berprestij, mengetuai sesi latihan untuk pelayan bar serta menganjurkan pelbagai acara eksklusif.

Sepanjang perjalanannya, Felice melalui beberapa cabaran yang cukup inovatif, antaranya mencipta semula hidangan klasik dengan Johnnie Walker Black Label. Dalam cabaran itu, beliau menampilkan kelainan dengan mengubah koktel klasik berasaskan gin menjadi ciptaan unik berteraskan Johnnie Walker Black Label — termasuk hidangan Top Notes, yang mendapat inspirasi daripada koktel ikonik French 75. Untuk cabaran Don Julio 1942, Felice mendapat inspirasi daripada karya seni AI asli bagi menghasilkan hidangan aperitif yang menggambarkan semangat asal-usul tequila. Untuk cabaran koktel multi-deria anjuran The Singleton, Felice mereka bentuk kulit rekod khas yang diinspirasikan daripada lagu ikonik That’s Amore, membangkitkan suasana hangat dan mesra — seperti senyuman tulus di sudut jalan Napoli. Dipadankan dengan koktel khasnya ‘Between Us’, beliau memberi pengalaman yang benar-benar memukau para juri.

Felice Capasso, World Class Global Bartender of the Year 2025, berkata:


“Memenangi World Class bukan sekadar impian yang menjadi kenyataan. Ia adalah matlamat yang saya kejar tanpa mengenal penat lelah. Ia menjadi bukti nyata bahawa jika kita benar-benar menginginkan sesuatu, berusaha tanpa henti dan tidak pernah berputus asa walau apa pun halangannya — kita pasti mampu mencapainya. Kemenangan ini membuatkan saya sedar akan tanggungjawab yang besar, dan saya bertekad untuk melaksanakannya dengan sepenuh komitmen — mempromosikan pendidikan mengenai minuman beralkohol dan memberi inspirasi kepada pelayan bar lain yang ingin melangkah lebih jauh dalam industri ini.”

Kevin Delaney, Ketua Global World Class, berkata: "World Class adalah penghormatan tertinggi kepada individu yang menjadi nadi industri hospitaliti. Pelayan bar terbaik mencipta koktel dengan tahap kemahiran tertinggi sambil sentiasa peka terhadap trend masa kini, esok dan yang akan datang. Kami telah meraikan dan menyokong kerjaya lebih 450,000 pelayan bar melalui program World Class dan malam ini merupakan detik kemuncak bagi komuniti yang sangat istimewa ini. Kami mengalu-alukan Felice ke dalam keluarga Diageo dan mengucapkan tahniah atas usaha cemerlang semua peserta hebat kami."

Para peserta telah diuji sepenuhnya oleh panel pakar yang terdiri daripada penjaga bar dan pemilik bar dari beberapa lokasi paling terkemuka di dunia. Antara mereka ialah Eric Van Beek, tenaga kreatif di sebalik Handshake Speakeasy di Mexico City yang telah dinobatkan sebagai Bar Terbaik Dunia 2024 oleh World’s 50 Best Bars. Beliau turut disertai oleh ikon industri, Monica Berg, pemilik bersama Tayēr + Elementary di London — sebuah bar perintis yang sering tersenarai antara yang terbaik di dunia dan terkenal dengan kepimpinannya dalam memacu inovasi, pendidikan serta kelestarian dalam komuniti. Turut hadir ialah Ago Perrone, tokoh berpengaruh yang juga Pengarah Mixologi di Connaught Bar, London yang ternama.

Ago Perrone, Hakim World Class dan Pengarah Mixologi di Connaught Bar, berkata: “World Class merupakan acara yang sangat istimewa, menghimpunkan pelayan bar paling kreatif dan bersemangat dari seluruh dunia. Impaknya terhadap industri amat ketara — bukan sahaja dalam memacu inovasi, tetapi juga dalam memberi inspirasi dan membimbing generasi bakat baharu. Tahun demi tahun, pertandingan ini menjadi semakin mencabar, mencerminkan kemajuan industri koktel kita. Tahniah kepada Felice atas persembahan yang luar biasa. Semoga terus cemerlang dalam perjalanan kerjaya baharu yang bakal ditempuhi.”

NOTA UNTUK EDITOR
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi worldclass@thestory.co.uk
Aset tersedia: Imej pemenang, jurucakap untuk temu bual.

PERIHAL FELICE CAPASSO
Selama beberapa tahun, Felice telah mengurus operasi bar koktel mewah termasuk hotel-hotel ternama, di samping berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan dan Perunding Jenama bagi jenama minuman beralkohol yang diiktiraf. Minatnya terhadap rasa dan aroma mula berkembang sejak usia muda, yang akhirnya mencetuskan minat mendalam terhadap dunia minuman dan mendorongnya untuk menceburi industri bar.

PERIHAL WORLD CLASS
World Class bertekad untuk menginspirasi orang ramai agar minum dengan lebih bijak, bukan lebih banyak — melalui pendekatan yang melibatkan, mendidik dan memperkasakan mereka untuk membuat pilihan yang lebih bermaklumat tentang pengambilan minuman. Sama ada di rumah atau di bar, World Class menggalakkan orang ramai untuk lebih peka terhadap apa yang diminum, di mana ia dinikmati dan bagaimana caranya, sekali gus membuka peluang untuk menerokai keindahan budaya koktel. World Class menawarkan bimbingan, latihan dan jaringan profesional yang telah memperkasa kerjaya serta kehidupan ratusan ribu penjaga bar di seluruh dunia. Program ini juga telah membina rangkaian penyokong global yang setia, sekali gus meletakkan jenama Diageo di hati dan tangan para pengguna.

PERIHAL DIAGEO
Diageo merupakan peneraju global dalam industri minuman beralkohol dengan koleksi jenama yang luar biasa merentasi kategori minuman keras dan bir. Jenama-jenama ini termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, wiski J&B dan Buchanan's, vodka Smirnoff dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness. Diageo merupakan syarikat global dengan produk yang dijual di hampir 180 negara di seluruh dunia. Syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, layari kami di www.diageo.com. Layari sumber global Diageo mengenai pengambilan minuman secara bertanggungjawab di www.DRINKiQ.com untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara berkongsi amalan terbaik. Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana jua.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/69a60cb1-6d57-4f1b-99be-c5e3ea7db5b5
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3fc18ec7-0101-4bbe-bb22-d44a146f6f94


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions